Lazada Malaysia

Friday, October 18, 2013

Home » Persediaan Untuk Menghadapi Temuduga Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

Persediaan Untuk Menghadapi Temuduga Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya ditawarkan untuk menghadiri temuduga bagi Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17. Perasaan gementar, takut sudah ada dalam diri ni. Bukan apa, ini pertama kali saya ditawarkan untuk menghadiri temuduga. Ya Allah, tolong hamba-Mu ini untuk menghadapi temuduga ini. Hanya Engkau sahaja yang tahu bagaimana perasaan ku sekarang. Hamba-Mu ini merayu pada-Mu, permudahkanlah urusan temuduga ku ini. Aamine.

Deskripsi Tugas Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Penyelidikan Aqidah dalam membantu mengumpul bahan-bahan/kitab/dokumen berkaitan dengan perkara aqidah untuk pembentangan laporan kepada Jawatankuasa Syariah.

Syarat Lantikan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Agama Islam dan lulus Bahasa Arab;
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ] atau

Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama dari Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ] dan

LULUS Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam, adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

mempunyai kelayakan seperti di atas kecuali Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia ; atau
LULUS Peperiksaan Khas.

Senarai Tugas Lain Bagi Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

  • Menerima dan merekod Aduan Mal serta perunding keluarga.
  • Menerima dan merekod Aduan Jenayah dan Penguatkuasaan Undang-undang.
  • Membuat dan menyelesaikan siasatan.
  • Menyemak borang permohononan nikah dan menandatangani kebenaran nikah yang bukan di bawah Sek. 17.
  • Bertanggungajawb memproses segala borang berkaitan Mahkamah.
  • Mengawal selia dan mengemaskini buku daftar Nikah, Cerai dan Rujuk pejabat. 
  • Membantu menjalankan operasi pencegahan maksiat.
  • Mendaftar, memproses dan membuka fail kes-kes Mal, Jenayah dan Faraid.
  • Memungut wang pendaftaran kes, denda dan sebagainya.
  • Menulis resit dan menandatangani resit bayaran wang yang diterima.
  • Melayani orang awam yang datang berurusan dengan Mahkamah.
  • Lain-lain tugas yang diarah oleh Pegawai Agama Daerah dari masa ke semasa.

  • Persediaan Menjelang Hari Temuduga Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17
     
    1-Tingkatkan pengetahuan & kemahiran berkaitan tugas.
    2-Baca akhbar harian atau akhbar online untuk mengetahui isu-isu semasa di dalam & di luar negara.
    3-Untuk meningkatkan tahap pengetahuan am, boleh juga tonton siaran berita atau radio.
    4-Layari internet untuk info semasa & info berkaitan JAKIM.
    5-Kenali diri & personaliti anda.
    6-Ketahui Soalan-Soalan Jangkaan Semasa Seisi Temuduga.

    Lain-Lain Keperluan Persediaan Seisi Temuduga

    1-Cuti
    2-Dokumen
    3-Nota Rujukan
    4-Restu Ibu-Bapa
    5-Rehat Yang Cukup
    6-Doa Mohon Kejayaan

    Kesemua ini saya kena kaji dan hafal betul-betul supaya segala urusan temuduga dipermudahkan. Kawan-kawan, tolong doakan saya supaya saya lulus dan lancar menjalani temuduga ni. Doa kawan-kawan semua sangat bermakna buat saya. Terima kasih semua. *Hatiku berdebar...

    10 sweet comments:

    Miss N™ said...

    Nice tips solehah....

    Unknown said...

    gud luck ..:)

    are_lin@yu said...

    gudluck tau solehah..wat yg terbaik

    Unknown said...

    wahh.. dpt keje gomen la eh.. good luck ye... ;)

    RIZZNA said...

    goodluck solehah. semoga berjaya

    RIZZNA said...

    goodluck solehah. semoga berjaya

    RIZZNA said...

    goodluck solehah. semoga berjaya

    Unknown said...

    so macm mne intibiu? ? ok...

    Unknown said...

    bleh sye tnye?? die tanye ape mase intibiu ye??

    ArIyAn'S dAuGhTer said...

    boleh tanye. .mse tmudga tu dia tnye ap. . .plez jawab. .sbb saya tmudga dlm minggu dpn, ,huhuhu, , ,