Lazada Malaysia

Monday, October 13, 2014

Home » Happy Sweet 24th, My Sweetheart

Happy Sweet 24th, My Sweetheart

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to my sweetheart,
Happy Birthday to you.

  
Selamat hari lahir yang ke-24, buah hatiku. Wah, dah masuk 24 tahun buah hati saya ini. Sekejap saja masa berlalu dan pejam celik semua sudah 7 bulan kita berkenalan. Alhamdulillah Allah masih menjaga perkenalan kita ini dan semoga Allah sentiasa menjaga kita berdua selama kita berkenalan. Dengan entri ini saya buat untukmu. Baca sampai habis ye, buah hatiku.


Untuk buah hati tersayang. Sudah lebih 7 bulan kita berkenalan dan kita juga pernah bergaduh, pernah menangis, pernah merajuk, pernah marah dan pernah tersinggung hati. Tapi oleh kerana hati ini mudah memaafkan orang, semua kesalahan itu mudah dilupakan dan sudah luput dalam ingatan. Tapi ada sesuatu yang paling tidak boleh dilupakan ialah saat kita berkenalan. Pada mula-mula saya menjawab panggilan telefon daripada awak, awak dah kena marah dengan saya. Bukan apa, ini semua salah saya kerana terlupa nak save nombor awak. Garangkan saya pada waktu tu? Hehehe...


Tetapi apa yang pasti, sebenarnya bukan dari sini kita berkenalan. Tetapi semuanya bermula dari blog saya ini. Terima kasih kerana berani contact saya, terima kasih kerana selalu pujuk saya, terima kasih kerana selalu mendengar masalah saya dan terima kasih kerana selalu menenangkan hati saya. Pada mulanya saya fikir, mampukah awak bertahan dengan saya selama ini. Tetapi rupanya awak lebih tau penawar segalanya yang selalu awak gunakan untuk mententeramkan saya.


Maaf kerana tiada hadiah barangan berharga yang boleh diberikan. Akan tetapi saya hanya mampu berikan kenangan terindah buat awak selagimana saya boleh berikan. Saya berdoa semoga awak dimurahkan rezeki, sentiasa maju jaya dan semoga perkenalan kita kekal selamanya. Belajar rajin-rajin ye :)

1 sweet comments:

ezyra taharin said...

birthday si dia sama lah dengan si dia saya ...hehe
13 oktober