Lazada Malaysia

Sunday, December 14, 2014

Home » Senarai Aktiviti Pesta Konvokesyen KUISAS 2014

Senarai Aktiviti Pesta Konvokesyen KUISAS 2014

Assalamualaikum.

Akhirnya sampai juga masanya untuk saya konvo. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana beri saya kesempatan untuk menyertai konvokesyen pada tahun ini. Dan yang terbaiknya, pesta konvokesyen pada kali ini turut disertai dengan Perkampungan Raudhah Islami. Terdapat banyak aktiviti yang boleh kami sertai seperti :


Jom Kepada Graduan yang nak bergambar bolehlah kunjungi Gerai MYZI PHOTO dengan kadar harga gambar yang paling istimewa khas untuk para Graduasi KUISAS dan Pengunjung yang datang ke Pesta KONVOKESYEN KUISAS dan Perkampungan Raudhah Islami 2014 bermula 15-18 Disember 2014. Jom bergambar. Sebarang Pertanyaan atau tempahan awal sesi bergambar bolehlah menghubungi Cik Adila di talian : 017-2753925.


AYUH MERIAHKAN PESTA KONVOKESYEN KALI KE-3 DAN PERKAMPUNGAN RAUDHAH ISLAMI 2014 pada :-

15 - 18 Disember 2014 (Isnin-Khamis)
0830 pagi - 12 malam
Di Perkarangan Padang KUISAS

Pelbagai Aktiviti Menarik akan dijalankan seperti :

- Malam Geng Muda Berselawat 
(IN-Team/ Nur Ahli Badar / Habib Najmuddin)
- Festival Nasyid Raudhah IPT
- Pertandingan Pidato BM IPT
- Liga Dakwah Kreatif 
- Musabaqah Al Quran IPT
- Debat Persahabatan
- Bicara Daie TV3
- Fiqh Nisa'
- Bicara Selebriti (Akhill Hayy dan Waheeda)
- Festival Sukan Raudhah
- Forum Makanan Sunnah Just Tok Guru TV9 
- Konsert UntukMu Palestine 
Dakmie, Fynn Jamal , Noh Hujan, Heliza Helmi, Ipoh Yeop Drumer
- Gerai Jualan / Pameran dan sebagainya

Jom kita serbu ramai ramai.



LIGA MANIFESTASI ISLAMI [FESTASIS 2014] menampilkan pertandingan seperti :

Festival Nasyid Raudhah IPT
Pidato Bahasa Melayu IPT
Musabaqah Al Quran IPT
Liga Dakwah Kreatif
dan Debat Persahabatan

16 Disember 2014 (Selasa) | 0830 pagi
Perkarangan KUISAS


MALAM GENG MUDA BERSELAWAT pada :-

15 Disember 2014 (Isnin) | Jam 8:45 MALAM
di Perkarangan Padang KUISAS

Bersama penampilan khas :

IN Team | Nur Ahli Badar | Habib Shekih Najmuddin

Tema Pakaian : PUTIH

Jom meriahkan Selawat Nabi. Sampaikan rindu buat Rasulullah


Jom Sertai kepada yang berminat. Untuk Pesta Konvo nanti.


PESTA KONVOKESYEN KUISAS DAN PERKAMPUNGAN RAUDHAH ISLAMI 2014 mempersembahkan 

KONSERT UNTUKMU PALESTINE pada :

17 Disember 2014 (Rabu) | bertempat KUISAS Kuala Kangsar
Jam 830 malam | Pentas Utama Pesta 

bersama usaha untuk mengutip dana dan derma buat sudara saudara Palestine di sana.

Bersama Penampilan Istimewa :

-Dakmie
-Noh Salleh (Hujan)
-Fynn Jamal
-Heliza Helmi
-Ipoh Yeop Street Drummer



FESTIVAL NASYID RAUDHAH SEMPENA PESTA KONVOKESYEN KUISAS DAN PERKAMPUNGAN RAUDHAH ISLAMI 2014.
Penyertaan Percuma.

Terbuka : 

- Lelaki & Perempuan | Penyertaan Percuma
- 2 BUAH Lagu Minus One SAHAJA
- 10 Orang 1 KUMPULAN
- Hadiah Wang Tunai , Sijil dan Hamper


PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU SEMPENA PESTA KONVOKESYEN KUISAS DAN PERKAMPUNGAN RAUDHAH ISLAMI 2014.
Penyertaan Percuma.

Hadiah Wang Tunai Sijil Penyertaan dan Hamper. 
Jom Daftarkan diri. Serlahkan Bakat anda.

Terima kasih kepada pihak pengurusan KUISAS kerana berjaya menganjurkan banyak aktiviti sepanjang minggu Pesta Konvosyen. Saya doakan semoga segala aktiviti berjalan lancar. Insya-Allah.

0 sweet comments: