Lazada Malaysia

Tuesday, January 31, 2012

Home » KISDAR dinaik taraf kolej universiti September 2012

KISDAR dinaik taraf kolej universiti September 2012

IPOH - Sidang Dewan Undangan Negeri Perak memberitahu Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) bakal dinaik taraf menjadi kolej universiti pada September tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, jawatankuasa teknikal yang diketuai bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Wan Zahir Wan Nordin telah menghantar dokumen menaik taraf Kisdar kepada Kementerian Pengajian Tinggi pada 24 Oktober lalu.

"Secara prinsipnya, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, permohonan Kisdar untuk menjadi kolej universiti akan diluluskan selewat-lewatnya Mac 2012.

"Oleh itu, Kisdar dijangka memulakan operasi sebagai kolej universiti mulai sesi kemasukan pelajar 2012/13 pada September tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Bukit Chandan) pada persidangan Dewan di sini.

Mohammad Zahir berkata, sebagai persediaan pengurusan Kisdar telah mengambil beberapa inisiatif seperti menjalin kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia.

Menurut beliau, Kisdar yang diterajui Rektornya, Prof. Madya Dr. Jamil Hashim kini mempunyai 300 kakitangan termasuk 99 pensyarah tempatan dan antarabangsa.

0 sweet comments: