Lazada Malaysia

Monday, February 27, 2012

Home » Tahniah! Selamat Pengantin Baru, Lisa Surihani & Yusry.

Tahniah! Selamat Pengantin Baru, Lisa Surihani & Yusry.

Pertama kali, saya ingin mengucapkan:
"Selamat Pengantin Baru kepada Lisa Surihani & Yusry"
Semoga kalian berdua kekal bahagia ke anak cucu.

Apa yang saya tahu tentang mereka? Jom tengok.

Kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.


Pengumuman mengenai tarikh pernikahan mereka.


Lisa Surihani dan Yusry bergambar bersama selepas mengumumkan tarikh perkahwinan mereka kepada media di Hotel Marriot Putrajaya.

***********************************************


Kad kahwin Lisa Surihani dan Yusry


HARI SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN


Mandi bunga dan berinai ini merupakan antara amalan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sebelum pasangan pengantin perempuan melangsungkan pernikahan. Difahamkan Lisa berbuat demikian bagi memenuhi hajat ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu dia kelihatan berseri-seri menjelang pernikahannya di Hotel Marriot, Putrajaya pada 23 Februari 2012.


Selain itu majlis khatam Al-Quran juga diadakan pada majlis tersebut.Yusry dan Lisa diijabkabulkan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 23 Februari manakala majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, tiga hari selepas itu.

Majlis Berinai


Pelamin untuk majlis pernikahan mereka.

MAJLIS PERNIKAHAN




Hanya dengan sekali lafaz, pengarah filem terkenal Yusry Abdul Halim, 38, sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed, 26, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriott, malam 23 Februari 2012.

Hantaran pengantin lelaki
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Mas Kahwin ( seutas rantai platinum)
4) Wang Hantaran (jumlahnya dirahsiakan)
5) Kelengkapan Solat
6) Manisan Kristal
7) Kek berperisa vanilla

Hantaran pengantin perempuan
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Kelengkapan Solat
4) Koleksi Cakera Padat Kumpulan The Beatles
5) Alat muzik Keyboard (dipersembahan dalam bentuk bingkai gambar)
6) Kelengkapan pakaian lelaki
7) Coklat
8) Kek
9) Bunga rampai

MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN LISA SURIHANI & YUSRY



Bertemakan konsep ala 'French Vintage', yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage, Lisa kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga rekaan Putra.

Antara tetamu yang hadir :




Kak Lisa, sebenarnya saya peminat Kak Lisa. Walaupun kita tak pernah bertemu tetapi saya tahu Kak Lisa seorang yang lemah-lembut dan baik hati. Kak Lisa, cepat-cepat dapat baby ye. Mesti baby Kak Lisa comel macam saya nanti. Ehhh bukan, comel macam Kak Lisa sebenarnya. hehe. Jaga suami Kak Lisa elok-elok ye.

I LOVE U, LISA SURIHANI!!!

0 sweet comments: