Lazada Malaysia

Sunday, May 13, 2012

Home » Mama, I Love You.

Mama, I Love You.

Assalamualaikum semua.


Ini gambar mama saya. Mama cantik, anak dia pun comel.
Saya memang suka perasan =.=

Di hari yang indah ini, mesti dimerata-merata tempat sekarang orang tahu hari ini hari apa kan. Sebenarnya tadi saya memang nak ucap selamat hari ibu kat mama saya. Tapi bila teringat akan hukum menyambut hari ibu, semuanya bertukar menjadi ucapan " Mama, walaupun hari ini hari ibu, tetapi kakak taknak ucap selamat hari ibu kat mama harini. Tetapi kakak nak ucap, kakak sayang mama hari-hari." uhuk2 walaupun airmata saya tadi macam nak mengalir, tapi kena tahanla jugak sebab sekarang saya duduk berjauhan dengan mama. Maklumlah duduk asrama.

Menurut Islam, sambut hari ibu ni haram. Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum sambut hari ibu sebagai seorang Islam adalah Haram. Dalam video Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam kuliah-kuliah agamanya berkata, sambutan ini adalah bagi memperingati Mother of Church Kristian. Sambutan Hari Ibu di Malaysia adalah pada hari ahad kedua dalam bulan Mei.

Salah satu petikan dari Wikipedia:

“In the Roman Catholic Church, the holiday is strongly associated with reverencing the Virgin Mary.[26] In many Catholic homes, families have a special shrine devoted to the Blessed Virgin Mary. In many Eastern Catholic and Eastern Orthodox Churches, a special prayer service is held in honor of the Theotokos Virgin Mary.” -Wikipedia

*paham ke? Kalau tak paham, pergi translate kat google.ngeee

Oleh kerana menyambut hari ibu ini haram, itu tidak menjadi satu masalah pun bagi umat Islam dengan tidak meraikan hari ibu pada hari ini. Saya pernah terfikir, kenapa hari ibu iaitu hari ini saje kita kena sambut dan beria-ia untuk meraikannya. Padahal jasa ibu bukan hari ini saje, tetapi jasa ibu terlalu besar untuk kita malahan berhari-hari jasa ibu tetap ada. Lagipun, Islam telah lama menitikberatkan kebajikan kepada ibu bapa kita sejak awal lagi. Jadi, saya rasa tidak pentinglah untuk kita sambut hari ibu untuk hari ini saje kan. Hari-hari pun kita boleh menghargai ibu kita. Oklah saya tak nak kupas macam-macam lagi mengenai hari ibu. Lagipun korang sendiri pun pandai nak cari apa hukum sebenar hari ibu ni kan.

Tadi saya baru teringat, dulu saya ada download dan simpan satu video seorang jejaka kelakar ni. Dia da buat satu video khas untuk maknya. Memang best la dia ni. Nak kenal sape dia? Alaaa siapa lagi, semestinya Mat Luthfi. Mat Luthfi, awak memang terbaik!

p/s : Kalau korang tak tahan gelak dengan keletah dia ni, saya yakin korang akan berasa sedih akhirnya nanti pabila menghayati apa yang dia cakap semuanya benar. Mama, kakak sayang mama!



Jangan lupa jasa ibu kita ye. Terima kasih mama.

2 sweet comments:

Chic Na said...

comel.. like mother like daughter. :)

Solehah Shamsuddin said...

ehee tq2.ne da comel la,solehah ni perasan je lbih.hik3