Lazada Malaysia

Tuesday, May 22, 2012

Home » Michelle Yeoh Terima Gelaran Datuk Seri

Michelle Yeoh Terima Gelaran Datuk Seri

KUALA KANGSAR 22 Mei - "Ini merupakan satu kebanggaan dan penghormatan kepada saya dan keluarga".

Itulah reaksi pelakon terkenal Hollywood kelahiran Ipoh, Datuk Seri Michelle Yeoh Choo Keng mengenai Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) membawa gelaran Datuk Seri yang diterimanya hari ini.

Michelle yang ditemani ibunya, Datin Janet Yeoh dan kakak iparnya, Fong Mei Yun berkata, penganugerahan darjah kebesaran itu mendorong beliau untuk terus gigih dalam bidang lakonan.

Menurutnya, beliau terkejut apabila mendapat tahu menerima anugerah tersebut dan terus menaiki penerbangan dari Bangkok, Thailand untuk menghadiri upacara penganugerahan pingat hari ini.

"Saya sedang menjalani penggambaran di Bangkok semasa mendapat panggilan telefon daripada ibu yang memberitahu saya mendapat pingat Datuk Seri. Ibu minta saya pulang hari ini untuk menerima anugerah tersebut," katanya. - UTUSAN

p/s : Tahniah! Semoga Datuk Michelle terus cemerlang dalam bidang lakonan.

0 sweet comments: