Lazada Malaysia

Monday, May 7, 2012

Home » Rentetan Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Rentetan Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Assalamualaikum semua.


Bila tengok tajuk di atas, seperti biasa mestilah korang semua tahu mengenai mereka berdua ni kan, Awal Ashaari 31 dan Scha Alyahya 29. Alhamdulillah mereka selamat menjadi sepasang suami isteri pada tarikh 4 Mei 2012. Mereka berdua sama cantik sama padan. Saya suka tengok Scha, dia sangat cantik. Disebabkan sebelum ni saya tak pernah buat update mengenai mereka, kali ni saya nak gabung semua gambar mengenai mereka. Nak tengok? Jom...

Awal Lamar Scha Secara Live di 'Propaganza'
(25 Mac 2012)

Kejutan itu dibuat sewaktu mereka di dalam set Propaganza yang disiarkan secara langsung di Astro Ria. Pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan yang dihoskan oleh Reza Mohammad dan Masha Milan Londoh itu, sebagai tetamu jemputan. Ketika melamar Scha, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin berlian, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia. Scha Al-Yahya yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.



Majlis Pengumuman Tarikh Kahwin
(27 Mac 2012)

Berlangsungnya sidang media pengumuman tarikh kahwin Scha dan Awal Ashaari yang bertempat di Ampwalk, Jalan Ampang , KL. Mereka berdua akan diijabkabulkan pada 4 Mei di di Hotel Pullman, Putrajaya. Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.





Gambar Pra Perkahwinan Awal Ashaari & Scha Alyahya
(3 Mei 2012)

Gambar pra perkahwinan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari telah mendapat banyak pujian. Ramai yang cakap gambar-gambar pre-wed ni cantik. Gambar pra perkahwinan Awal dan Scha atau pasangan ini lebih dikenali sebagai SchAwal telah mendapat sentuhan fotographer terkenal, Saiful Nang. Gambar-gambar pra perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya ni merupakan Hasil karya team CandidSyndrome Int., jurugambar rasmi perkahwinan Awal & Scha. Nak tengok lebih banyak lagi gambar, boleh tengok di FB Saiful Nang. Lokasi pengambaran ialah di KTM dan juga dalam keretapi barang.




Majlis Pernikahan Awal Ashaari & Scha Alyahya
(4 Mei 2012)

Hanya sekali lafaz, Scha Al-Yahya dan pasangan Awal Ashaari sah nikah dan jadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside. Pasangan mempelai ini telah diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan sambil disaksikan oleh Jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Salman Bin Yusof. Majlis tersebut dihadiri kira-kira 250 jemputan terdiri daripada kaum keluarga terdekat kedua pasangan pengantin ini selain wakil dari pihak media.





Malam Berinai Awal Ashaari & Scha Alyahya
(4 Mei 2012 - Selepas Majlis Pernikahan)

Selesai akad, pasangan pengantin menyempurnakan majlis berinai. Mereka mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkolaborasi dengan Atiqah’s Songket. Awal dan Scha tampil dengan busana tradisional berwarna hijau di malam berinai mereka.





Majlis Resepsi Perkahwinan Awal Ashaari & Scha Alyahya

(6 Mei 2012)

Majlis Resepsi Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Alyahya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Dekorasi dewan PICC majlis resepsi Awal & Scha adalah ilham kreatif Encik Razak dari Flora Etcetera yang lebih dikenali sebagai Flower Guru. Tetamu yang hadir pada malam ini juga dihadiahkan goodie bag dari Avon Malaysia.





Kepada Awal Ashaari & Scha Alyahya:

Tahniah kerana selamat mendirikan rumahtangga.
Semoga bahagia ke akhir hayat.
Cepat-cepat dapat baby ye.

2 sweet comments:

ary_lee said...

siyesss smart gambar pra-wed dia..
Fuhhhhh...

Solehah Shamsuddin said...

hehe tau xpe.solehah pn naik jeles.