Lazada Malaysia

Saturday, August 11, 2012

Home » » Bryan Nickson Lomas Gagal Mara Ke Separuh Akhir Terjun 10M Platform

Bryan Nickson Lomas Gagal Mara Ke Separuh Akhir Terjun 10M Platform




Kesilapannya kian ketara pada terjunan ketiga, ketika membuat percubaan gaya terjunan ‘back 3 1/2 somersault, beliau mendapat 29.70 mata menyebabkan kedudukannya merosot ke tangga ke-26. Bagaimanapun, pemenang gangsa Sukan Komanwel 2010 New Delhi itu memperbaiki kesilapan untuk mencatatkan 74.25 mata pada terjunan keempat, 96.35 mata dan 84.60 mata masing-masing pada terjunan kelima dan keenam. Pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, Bryan menduduki tempat ke-26 daripada 28 penerjun dalam acara sama dengan mengumpul 384.45 mata. Jadi secara umumnya sudah berakhir cabaran atlit Malaysia di Sukan Olimpik London 2012 kali ini dengan tersingkirnya Bryan, Malaysia kekal dengan satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

Sumber : Portal Sukan

2 sweet comments:

Cikrosecute said...

tak mengapa...usaha lagi..

Miss N™ said...

dah xde rezekikan..nak buat macam mana..