Lazada Malaysia

Sunday, September 2, 2012

Home » Gangnam Style

Gangnam Style

Assalamualaikum.

Rasanya semua orang dah tau mengenai Gangnam Style ni. Tiba-tiba tercetusnya demam Gangnam Style. Saya pelik, kenapa tarian ni terloncat-loncat ye. Dalam peribahasa Melayu mengatakan, bagai kera kena belacan. Ada yang bagitau saya, Gangnam Style ni bakal menggantikan tarian poco-poco. Eh, betul ke? Rasanya tarian ni tak sesuai untuk budak-budak, maklumlah terlompat-lompat macam adegan dotdotdot je. Yang tak paham tu, buat-buat paham je la ye. Kepada sesiapa yang nak tau apakah maksud sebenar disebalik lagu Gangnam Style, boleh baca di bawah.


Maksud Sebenar Lagu Gangnam Style

Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan adalah negara Asia dengan pertumbuhan ekonomi yang cepat dan tinggi. Peningkatan standard hidup ini tidak hanya mempengaruhi gaya hidup sebahagian penduduknya. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang yang mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah & di Korea Selatan, tidak ada tempat lain yang diniliai dapat menyamai kemewahan daerah Gangnam, daerah yang menjadi simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.

Ketika ekonomi naik, daya beli masyarakat juga meningkat. Namun tidak semua orang dapat ikut menikmati kesejahteraan tersebut. Sehingga ketika gaya hidup semakin mewah, orang-orang yang tidak beruntung pula sebahagian terperangkap dalam kehidupan gali lubang, tutup lubang. Mereka adalah orang-orang yang tidak ingin status sosial mereka ‘dipandang rendah’ & sayangnya, tradisi tidak sihat ini menjadi trend di negara Korea Selatan. Buktinya, peningkatan pengambilan kredit penduduk Korea selatan melambung begitu tinggi, bahkan lebih tinggi dibandingkan Amerika sebelum krisis.

Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini merujuk kepada wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi. Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Hubungannya dengan lagu Gangnam Style? Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Gangnam Style

Sumber : Facebook

5 sweet comments:

Nurul Says said...

sebenarnya sblm keluar video "gangnam style" pun dah taulah tarian jenis mcm ni..kan kalau korang rajin tengok rancangan kanak-kanak english berunsur pendidikan..ada lagu psl cowboy mmg menari mcm tu hehe..

ps/ masa kecik saya suka tengok cerita cowboy

dieyna said...

ada contoh... ? macam- macam sekarang ni.. penjajahan ideologi... kita masih belum merdeka

Yu. Syamz said...

fenomena selepas k-pop..hemm,,,,

dya nasir said...

dya mmg xminat lagu ni..tarian tu lagi lah dya xminat..

dya tag solehah..
http://yayabunga.blogspot.com/2012/09/hanifidrus-segmen-menerjah.html

Unknown said...

lorh... x penah tau pun...hahaha...