Lazada Malaysia

Thursday, September 20, 2012

Home » » Warga Malaysia Kahwin Warga Asing Harus Daftar Perkahwinan Dengan JPN

Warga Malaysia Kahwin Warga Asing Harus Daftar Perkahwinan Dengan JPN


Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing harus mendaftarkan status perkahwinan mereka supaya anak mereka mendapat status kewarganegaraan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.

Katanya menurut statistik perkahwinan yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lebih daripada 10 peratus perkahwinan berdaftar melibatkan perkahwinan dengan warga asing.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kewarganegaraan kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Jonathan Loo Shon Sheuan, 15, di sini hari ini, beliau berkata statistik itu menunjukkan setiap 10 perkahwinan berdaftar, terdapat lebih daripada satu pasangan melibatkan warga asing.

"Antara warga negara asing yang banyak berkahwin dengan warga tempatan termasuklah dari Vietnam, Indonesia dan China," katanya.

Beliau berkata sekiranya perkahwinan itu tidak berdaftar atau anak dilahirkan sebelum pendaftaran perkahwinan, anak yang dilahirkan itu akan mengikut kewarganegaraan ibu.

Sementara itu, datuk kepada Jonathan, Loo Choon Seng, 72, berkata cucunya dilahirkan di Malaysia sebelum pendaftaran perkahwinan anaknya dan ini menyebabkan dia tidak dapat mendaftar sebagai pemilik Mykad.

Loo berkata anaknya berkahwin dengan seorang wanita warga Indonesia namun selepas cucunya berusia enam bulan baru mereka mendaftarkan perkahwinan.

"Kami telah membuat pemohonan Mykad sejak tiga tahun yang lalu namun disebabkan status kewarganegaraan adalah mengikut ibu, cucu tidak dapat berdaftar sebagai pemilik Mykad.

"Saya amat berterima kasih kepada kerajaan hari kerana meluluskan pemohonan cucunya saya sebagai warganegara Malaysia untuk membolehkannya memohon Mykad," katanya.

- BERNAMA-

16 sweet comments:

Unknown said...

Sepatutnya memang begitu bukan?

Cik Ai said...

erm..
mesti cik abg ore luar kan..
moga Allah permudahkan segala urusan tuk solehah ye :)

Unknown said...

bagus jugak tu..xde la anak kompius bila besar nnti..ehehh

Liyana Anuar said...

info berguna utnuk masa depan ni kan solehah? hehe~

ecadwinkyasha said...

jgnla xdftr..kesian kt anak2 nnti.

Mrs Velentine said...

Solehah kena tau ni..hehe

suwara entertainment said...

betul tu. baru2 amik exam JPA, cite psl kewarganegaraan. dari situlah baru tau status warganegara tu. thanks sharing info ya! :)

Solehah Shamsuddin said...

@Cik Aini ye kak.terima kasih.

Solehah Shamsuddin said...

@Yana Libra ye kak.mmg berguna supaya anak xterlepas warganegara.

Solehah Shamsuddin said...

@Eca Dwinky Asha btl tu.mmg ksian...

Solehah Shamsuddin said...

@Mrs Velentine hehe itu yg solehah asyik kaji je ni.mmg solehah kna tau...

Solehah Shamsuddin said...

@Sue-Rya Qistina hehe same2.

Arina Shamsul said...

:) yang sebetulnya calon tu orang mana dik?ngeeee..

Btw semoga semua urusan akan dipermudahkan ..amin

blog usang said...

perlu ikut undang2

9n0L4 said...

mmglah kene dftr kn. ade jugak ehhh kes yg tak berdaftar.

Cikrosecute said...

Info yg berguna dik...Aii! nak kawin gan orang luar ke?hihihi