Lazada Malaysia

Thursday, March 6, 2014

Home » Berjumpa Dengan Kenalan Rapat

Berjumpa Dengan Kenalan Rapat

Assalamualaikum.

Susulan selepas entri mengenai HI-TEA Bersama Ustazah Nor Hafizah Musa, bukan sahaja saya dapat berjumpa dengan ustazah ketika itu. Saya juga dapat berjumpa semula dengan kawan sekolah rendah dan menengah, kenalan di Facebook dan kawan ketika belajar di KUISAS dulu. Bahagia sungguh rasanya dapat berjumpa dengan mereka.

Bertudung biru : Shila (kawan sekolah rendah & menengah)
Bertudung ungu + biru : Syafynas (kenalan Facebook-pertama kali jumpa)

Kak Iffah (kawan ketika di KUISAS)

Berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
Saya bahagia melihat kawan saya yang sejuk mata memandang ini.
Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan kawan yang baik seperti ini kepada saya.