Lazada Malaysia

Tuesday, July 22, 2014

Home » Al-Fatihah Buat Sahabat Sekolah Menengah Saya

Al-Fatihah Buat Sahabat Sekolah Menengah Saya

Assalamualaikum.

Allahuakbar. Hari ini di pagi yang hening dan sayu, saya terima satu berita sedih daripada sahabat sekolah menengah saya dan abah saya, bahawa seorang rakan sekelas sekolah menengah saya dan juga jiran setaman saya Mohd Hanif telah kembali ke Rahmatullah pada petang semalam. Arwah meninggal dunia kerana excident. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Tidak menyangka rupanya chatting saya bersama arwah di awal bulan Januari tahun ini adalah chatting terakhir dari arwah. Al-Fatihah.

Terasa sekejap rasanya kita dapat berkawan semula. Korang masih ingat tak lagi dengan entri saya Dia Jiran & Rakan Sekolah Menengah Saya Dulu. Betapa gembiranya hati saya ketika mengetahui dia adalah rakan sekolah menengah saya dulu. Siap bercadang untuk beraya di rumah lagi, maklumlah dah setaman. Tetapi Allah lebih sayangkannya, Allah lebih tahu semua hikmahnya.

Bila baca chat dulu dengan si arwah, hati saya pilu. Bagaikan nak putarkan semula masa tu. Sedih, terkejut, terkesima bagaikan tak percaya. Patutlah di tengah malam tadi sekitar pukul 3 pagi saya bangun untuk Qiyamullail dan yang agak membuatkan saya pelik, tiba-tiba airmata saya mengalir tanpa sebab selepas solat. Saya langsung tak tahu sebab apa. Dan yang mengejutkan saya ketika sahur tadi ada seorang sahabat saya hantar chat ke dalam Wechat bertanyakan hal mengenai arwah. Disebabkan saya tidak percaya, lantas saya bertanya abah saya. Allahuakbar, bagaikan nak terlepas hp saya ini bila mendengar berita sedih ini. Sahabat, kenapa kau pergi dulu? Kita berjanji nak beraya bersama, tetapi semuanya telah bertukar kepada airmata. Kenapa kau tinggalkan kami semua? Sesungguhnya saya tak akan lupakan saat kita bergurau-senda dalam Wechat dulu.

Tenanglah dirimu di dunia sana, wahai sahabatku. Saya doakan dirimu ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ