Lazada Malaysia

Tuesday, September 2, 2014

Home » Hadiah Ephyra Sudah Sampai

Hadiah Ephyra Sudah Sampai

Assalamualaikum.

Sebenarnya hadiah ini saya sudah dapat hari Rabu minggu lepas. Ini kali ke-4 saya dapat hadiah Ephyra. Saya pernah dapat 3 trial pack Ephyra & 2 pack premium Ephyra. Ini semua kerana contest Ephyra yang saya pernah masuk di blog Eyriqazz dan blog kak Mialiana. Dan hadiah untuk kali ini ialah...


Saya dapat mug eksklusif Ephyra, sekotak trial Ephyra dan duit RM200. Duit belum saya dapat lagi dan trial pack Ephyra tu saya dapat kerana menjadi antara 20 peserta terawal yang menghantar entri untuk contest Ephyra fasa kedua.


Subhanallah, cantiknya mug ini tidak terkata sehingga sekarang saya sendiri tidak mahu memakainya. Mug ini saya nak buat koleksi. Bukan senang nak dapat. Selalunya kalau saya dapat hadiah barang, saya hanya simpan. Kalau hadiah makanan ataupun minuman sajelah saya habiskan. Hadiah terindah sebegini bukan mudah saya nak dapat. Oleh itu, kenangan sebeginilah akan saya jadikan kenangan jika suatu hari nanti saya berhenti blogging.

0 sweet comments: