Lazada Malaysia

Monday, September 1, 2014

Home » Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat & Motivasi Untuk Calon UPSR 2014

Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat & Motivasi Untuk Calon UPSR 2014

Assalamualaikum.

Pada hari Khamis (28 Ogos 2014, 7.00 malam - 11.00 malam), guru-guru sekolah mama ada buat majlis bacaan Yassin, solat hajat dan motivasi untuk calon UPSR 2014. UPSR 2014 akan diadakan pada bulan ini. Hanya dalam beberapa hari sahaja lagi. Berikut adalah aktiviti yang dijalankan :

Solat Maghrib


Bacaan Yassin



Solat Isyak


Solat Hajat






Oleh kerana saya ABC ketika ini, jadi saya kena jaga anak cikgu ini. Si kecil ini tidak menangis ataupun meragam langsung kerana sudah biasa dengan saya. Jadi sepanjang guru-guru dan murid-murid solat, saya ambil peluang untuk snap gambar. Ini pun susah nak snap kerana si kecil ini hanya main hp saya. Nak tengok cerita katanya. Heee...

Motivasi



Motivasi yang diberikan oleh ustaz ini bagus. Terkesan hati saya, inikan pula murid-murid yang hadir ke sini. Bergenang air mata kami semua pabila tengok slideshow mengenai ketabahan Nik Nur Madihah belajar. Insaf saya seketika. Sesungguhnya pelajaran itu penting untuk masa hadapan. Diharapkan murid-murid ini sentiasa ingat dengan setiap pesanan yang ustaz berikan.

Adik-adik, akak doakan adik-adik semua berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Solat 5 waktu janganlah ditinggalkan, berbuat baik kepada ibu bapa dan ingatlah setiap pesanan guru-guru. Ini kerana kesemuanya adalah untuk mendapat keredhaan. Biiznillah. Insya-Allah adik-adik semua akan berjaya. Aamine.

2 sweet comments:

ecadwinkyasha said...

moga adik2 ne dpt jawab soalan dengan tenang :D

Nurul Says said...

good luck adik adik..patuttlah banyak ambik gambar rupanya ABC hihihi