Lazada Malaysia

Monday, January 26, 2015

Home » Meriah Sungguh Hari Konvokesyen Saya

Meriah Sungguh Hari Konvokesyen Saya

Assalamualaikum.

Kepada yang sedia maklum, pada tahun lepas 18 Disember 2014 adalah hari konvokesyen saya. Bertempat di Dewan Serbaguna KUISAS, Perak. Sijil disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.


Persiapan untuk hari konvokesyen telah dirancang sejak awal tahun lagi. Dan seminggu sebelum hari konvokesyen, pihak KUISAS sudah sibuk menyiapkan segala persiapan yang dirancang termasuklah hari raptai konvokesyen.

Sehari Sebelum Raptai Konvokesyen






Raptai Konvokesyen





Hari Konvokesyen



Okay, semua ini saya dapat dalam beg konvo. Pas masuk kereta ibu bapa, pas masuk ibu bapa ke dalam dewan, pelekat bercorak (diletakkan pada tudung), jubah konvo, buku berkenaan hari konvo dan buku Buletin KUISAS.



Malam hari konvokesyen tu, saya bertungkus-lumus dengan kawan saya untuk lekat pelekat bercorak tu di atas kepala tudung. Rupanya bukan senang nak lekat supaya tidak menggelembung. Akhirnya dengan pelekat double tape dan jarum peniti, baru jadi. Yang penting adalah pelekat tu tidak tercabut ketika berjalan di atas pentas. Dan... inilah jubah konvo saya. Cantikkan? Jubah pinjam tu :)









Ketika majlis konvokesyen dijalankan, kami tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil gambar. Sebab itulah selepas majlis konvo tamat, sesi bergambar bersama ibu bapa pun banyak. Tengok tu... Ini baru di dewan, belum lagi di bawah dewan. Hehe yang penting semuanya hepi...


Pemberian bunga konvo daripada mama. Terima kasih mama.


Suasana di tapak jualan hari konvokesyen. Gerai penuh dengan pelbagai jualan bunga konvo, pakaian, makanan dan sebagainya. Sebenarnya jualan ini sudah berjalan selama 6 hari. Walaupun hari konvokesyen adalah hari terakhir jualan, suasana masih meriah lagi.



Alhamdulillah saya dah konvo! Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mama, abah, adik-adik, pensyarah-pensyarah, kawan-kawan dan kesemua yang terlibat dalam memastikan kejayaan saya di dalam pelajaran. Tanpa anda semua siapalah saya. Sejujurnya saya katakan, hari konvokesyen adalah hari yang saya selalu nantikan. And I did it!

* Diploma sudah selesai dan berjuang untuk ijazah pula. Sekarang saya menunggu keputusan peperiksaan semester 1. Doakan saya lulus cemerlang, kawan-kawan.

1 sweet comments:

nOe suhaimi said...

tahniah solehah...teruskan perjuangan k...